Tuesday, 23 April 2013

Apakah dia Unit Amanah (Unit Trust)



Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.

Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.

Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah.

Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang diperbaharui dari semasa ke semasa, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.

Sumber - ASNB

No comments:

Post a Comment