3 Dana yang konsisten terbaik dari CIMB Principal.
1. CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund - Dana yang konsisten kenaikan dengan pembayaran dividen setahun sekali. Baik untuk pelaburan 3 tahun dan ke atas. Pulangan 10% - 15% setahun
2. CIMB Islamic Dali Equity Theme Fund - Dana baru yang konsisten dengan pembayaran dividen setahun
sekali. Baik untuk pelaburan 3 tahun ke atas. Pulangan dari 9% - 13% setahun
3. CIMB Islamic Small Cap Fund - Dana yang tiada dividen baik untuk jangka pendek 1- 2 tahun dengan pulangan dari 10% - 20% setahun.
sumber dari Bloomberg.
Hubungi saya di 019-2355677 atau e-mail saya di faris.yusof@live.com untuk maklumat lanjut.
Friday, 27 September 2013
Tuesday, 23 April 2013
Apakah dia Unit Amanah (Unit Trust)
Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.
Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.
Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah.
Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang diperbaharui dari semasa ke semasa, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.
Sumber - ASNB
Subscribe to:
Comments (Atom)